Friday, April 13, 2012

ADA APA DENGAN HATI?❤

H- Harapan
A- Agama (Akidah)         
T- Takwa
I- Ilmu

DUA BENTUK HATI

~Hati pada manusia ada 2 bentuk :
    *Organ hati (liver)
    *Hati yg dikenali sbg jiwa, perasaan & emosi

Kedua-dua jenis hati ini mempunyai peranan penting dalam diri seseorang.  Organ hati penting kerana menentukan kesihatan tubuh badan manusia manakala hati yg maknawi (perasaan, jiwa & emosi) menentukan keperibadian & pandangan hidup seseorang.

Hati yg tidak dpt dilihat iaitu jiwa, perasaan dan emosi manusia perlu dijaga kerana hati bentuk ini yg menentukan peribadi seseorang.  Orang yg hatinya bersih, baik & sihat adalah orang yg baik & unggul peribadinya.  Begitu sebaliknya.

Terdapat 3 keadaan hati.  Suka ana berkongsi pendapat Imam al-Ghazali yg membahagikan hati kpd 3 jenis, iaitu : 
        * Qalbun Sahih (hati yg sihat)
        * Qalbun Maridh (hati yg sakit)
        * Qalbun Mayyit (hati yg mati)

Hati adalah pokok pangkal hidup.  Bahagia atau tidak bahagia hidup seseorang bergantung kpd hatinya.  Kebahagiaan tidak berpunca drpd orang lain, wang atau benda.  Kebahagiaan sebenar dalam hati.  Seseorang boleh hidup bahagia jika hatinya bahagia sekalipun dia hidup di kalangan orang yg tidak membahagiakan hatinya.

Ada ungkapan berbunyi, Hati yg goyah boleh membuatkan tubuh yg gagah menjadi lemah.  Hati yg tabah boleh membuatkan tubuh yg lemah menjadi gagah.  Perhatikan sekeliling kita.  Berapa ramai orang yg tubuhnya indah & gagah tetapi memilih jalan hidup yg goyah & hina kerana hati mereka yg goyah & lemah.  Sebaliknya, orang yg tubuhnya lemah, kerana hatinya gagah, dia hidup dalam keadaan yg mulia.

Pokok pangkal kehidupan ini pada hati.  Hati yg selalu kembali kpd Allah, hidup dalam syukur & qanaah.  Hati yg penuh rasa tanggungjawab & amanah, hidup dalam keadaan yg ikhlas, bermotivasi & tidak pernah kecewa.  Hati yg memiliki taman yg indah di dalamnya, merasakan kehidupan ini sesuatu yg indah & mudah.  Itulah HATI.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kpd jasad & rupa bentuk kamu, tidak kpd keturunan & harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kpd hati kamu.  Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut.  Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yg paling dicintai Allah ialah orang yg paling bertakwa di kalangan kamu". (Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani)

Thursday, April 12, 2012

JIKA AKU JATUH CINTA ❤


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..
sumber : i luv Islam


RUMAH BARU DI KEDAH DAH SIAP!!!

Alhamdulillah,,akhirnya siap jugak rumah baru impian mama baba...syukur kpd Allah kerana telah memberi & melimpahkan rezeki kpd hamba2nya yg beriman & beramal soleh...^_^

sebelum

selepas

^_^

ana & wan syolehah
rumah dah siap tp halaman rumah dgn pagar belum siap sepenuhnya lg..hehe..perabot pun x beli habis lg..mama baba ana baru beli skit2 je..huhu..mama cakap kalu kak long (ana) nak kawen nanti,,confirm semua da siap sedia..hehe..hmm..kalu camtu kak long nak kawen la mama..ngeee~ koya je ana ni..calon pun xda lg,,guane nak kawen!!!hee..

ANAK BUAH PERTAMA DARI MESIR

Entry kali ni ana nak cter pasal anak adik ana iaitu HANNAN..adik dah kawen tp kakaknya belum kawen2 lg..hehe..Anak buah @ anak sedara @ anak menakan...hehe..ketiga2 ni sama je maksudnya..hmm.

Ana baru je dpt anak buah pd 17/11/2011 yg lepas..tp ana & family hanya tgok gambar & webcam kat fb & ym je sbb anak buah ana ni ada kat mesir skrg...sedih la gak x dpt nak dukung baby boy Fawwaz ni..hehe..jom tgok gambar2 anak buah ana ni..

comel ^_^

bahagia & gembira adikku setelah melahirkan
anak sulungnya Fawwaz

ala tomey2... :)

fawwaz wif his mama

fawwaz wif his baba

cumil ;)

cute ^_^

ni gambar2 fawwaz masa baru lahir..hmm..geram btoi tgok baby sbb ana memang suka baby sgt2..eeiii,,geramnye..hehe..

Manusia adalah seindah & sebaik-baik kejadian yg Allah ciptakan..subhanallah..Allah Maha Hebat...so,kita sbg hamba Allah mestilah sentiasa bersyukur dgn apa yg ada pada diri kita skrg..alhamdulillah...^_^

APA ITU VCO "Virgin Coconut Oil"???

Assalamu'alaikum sahabat2,,pernah x sahabat2 dengar perkataan VCO???nak tau apa itu VCO??meh ana cter ye..

Virgin Coconut Oil (VCO) dlm bahasa melayu dipanggil minyak kelapa dara..VCO ni bagus & baik utk kesihatan..ana pun baru tau kewujudan VCO ni & ana baru je cuba..alhamdulillah memang berkesan..tp ana x beli yg dijual di pasaran..mama & baba ana yg buat secara fresh kat umah..sahabat2 pun boleh cuba ye..


jom kita tgok apa khasiat & kelebihan VCO...!!!


Mengurangkan kadar kolestrol
~VCO ni tidak mengandungi kolestrol. Ia adalah alternatif terbaik dari minyak-minyak lain yg mengandungi kolestrol yg tinggi.


Mengawal kencing manis
~Pankreas lebih efisyen mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.


Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
~Mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yg menjadi antara faktor punca serangan jantung.


Tubuh lebih tahan serangan penyakit
~Kerana mempunyai agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.


Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
~Ia mempercepatkan penggantian sel-sel kulit yg mati dgn sel yg baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.


Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
~Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yg mencukupi utk pertumbuhan maksima.


Terhindar dari gejala alahan
~Bertindak sbg ajen anti histamine. 


Mengelakkan risiko sakit kanser
~Memusnahkan sebarang kehadiran organisma phatogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.


Keadaan dengkur akan hilang
~Saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.


  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut.
  • Sistem penghadaman lebih baik.
  • Kesuburan.
  • Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
  • Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
  • Batuk dan Selsema cepat hilang.
  • Mengurangkan tidur berdengkur.
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
  • Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
  • Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
  • Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
  • Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
  • Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
  • Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.   
  • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
  • Terhindar dari segala alahan.
  • Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.


"Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia"


UPDATE blog!!!


Ya Allah, lamanya x update blog ni..dah bersawang2 dah ni..kena wat housekeeping ni..hehe..sapa nak tolong cuci sawang??cepat2!!ngeh3~ Maaf ye kawan2,,especially yg follow blog ana yg x seberapa ni..hmm..ana busy la skrg ni..besa la da sem akhir..byk keja yg perlu dibereskan..hehe..

Sunday, February 19, 2012

SEM 6 (Last Sem)

Dakwah A ^_^

Esok bermula sem baru iaitu sem 6 (sem akhir) ana sbg pelajar di UniSZA...esok dah start klas kalu ikut dlm jadual la..tp mggu pertama ni slalunya x blajar lg..first time kot ana balik lmbt ke kampus..hehe..xpe..bukan sengaja pun..ada sebab2 tertentu..kejap je masa berlalu..dah sem akhir..rasa mcm baru je melangkah masuk ke UniSZA..humm..byk kenangan manis & pahit yg ditempuhi bersama sahabat2..rindunya pd mereka semua..Ukhuwwah Fillah!!!^_^  hari selasa pagi kita jumpa na sahabat2..selamat pergi ke kelas ye sahabat2..