H- Harapan
A- Agama (Akidah)
T- Takwa
I- Ilmu
DUA BENTUK HATI
~Hati pada manusia ada 2 bentuk :
*Organ hati (liver)
*Hati yg dikenali sbg jiwa, perasaan & emosi
Kedua-dua jenis hati ini mempunyai peranan penting dalam diri seseorang. Organ hati penting kerana menentukan kesihatan tubuh badan manusia manakala hati yg maknawi (perasaan, jiwa & emosi) menentukan keperibadian & pandangan hidup seseorang.
Hati yg tidak dpt dilihat iaitu jiwa, perasaan dan emosi manusia perlu dijaga kerana hati bentuk ini yg menentukan peribadi seseorang. Orang yg hatinya bersih, baik & sihat adalah orang yg baik & unggul peribadinya. Begitu sebaliknya.
Terdapat 3 keadaan hati. Suka ana berkongsi pendapat Imam al-Ghazali yg membahagikan hati kpd 3 jenis, iaitu :
* Qalbun Sahih (hati yg sihat)
* Qalbun Maridh (hati yg sakit)
* Qalbun Mayyit (hati yg mati)
Hati adalah pokok pangkal hidup. Bahagia atau tidak bahagia hidup seseorang bergantung kpd hatinya. Kebahagiaan tidak berpunca drpd orang lain, wang atau benda. Kebahagiaan sebenar dalam hati. Seseorang boleh hidup bahagia jika hatinya bahagia sekalipun dia hidup di kalangan orang yg tidak membahagiakan hatinya.
Ada ungkapan berbunyi, Hati yg goyah boleh membuatkan tubuh yg gagah menjadi lemah. Hati yg tabah boleh membuatkan tubuh yg lemah menjadi gagah. Perhatikan sekeliling kita. Berapa ramai orang yg tubuhnya indah & gagah tetapi memilih jalan hidup yg goyah & hina kerana hati mereka yg goyah & lemah. Sebaliknya, orang yg tubuhnya lemah, kerana hatinya gagah, dia hidup dalam keadaan yg mulia.
Pokok pangkal kehidupan ini pada hati. Hati yg selalu kembali kpd Allah, hidup dalam syukur & qanaah. Hati yg penuh rasa tanggungjawab & amanah, hidup dalam keadaan yg ikhlas, bermotivasi & tidak pernah kecewa. Hati yg memiliki taman yg indah di dalamnya, merasakan kehidupan ini sesuatu yg indah & mudah. Itulah HATI.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kpd jasad & rupa bentuk kamu, tidak kpd keturunan & harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kpd hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yg paling dicintai Allah ialah orang yg paling bertakwa di kalangan kamu". (Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani)





No comments:
Post a Comment